Montaj malam Pra Graduan 2010

Saturday, November 25, 2006

MUHASABAH

MUHASABAH
OLEH:HAIRUL ANUAR SOBIKIN


Seseorang pelajar bekerja dan berusaha untuk dirinya sendiri. Walaupun ia mungkin terhutang budi kepada ibu bapa mereka, pada hakikatnya kejayaan dan kegagalan hanya dapat dirasai sebenar oleh sanubarinya sahaja.Pelajar sebenarnya adalah orang yang akan menikmati keuntungan daripada hasil kejayaannya dan merana akibat kegagalannya. Orang lain hanya bersimpati atau tumpang gembira semata-mata.
Majikan kepada pelajar adalah dirinya sendiri. Pemegang saham usaha pembelajarannya hanyalah dirinya sahaja.Maka pelajar perlulah menghitung sendiri tanggungjawab dan usaha yang sudah dilakukan. Pelajar perlu bertanya kepada dirinya:
1. Adakah minat terhadap pembelajaran masih gagah?
2. Adakah anda mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran?
3. Adakah tabiat anda membantu pembelajaran?
4. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk belajar?
5. Dapatkah anda tidur dengan cukup?
6. Bolehkah anda bermain, berehat dan bergaul tanpa menjejaskan masa belajar ?
7. Adakah daya tumpuan anda cemerlang?
8. Bagaimana daya mengingat anda?
9. Adakah kadar bacaan anda laju?
10. Mudahkah anda menghadam apa yang dibaca?
11. adakah anda menghadapi masalah mengikuti kelaas?
12. Adakah anda mendapat manfaat dari kelas bimbingan?
13. Dapatkah anda menyelesaikan masalah dengan memuaskan ?
14. Dapatkah anda menyelesaikan kerja kursus yang diberi?
15. Adakah anda mengulangkaji pelajaran anda?
16. Sudahkah anda menguji kefahaman dirinya sendiri?
17. Sudahkah anda membuat persediaan awal untuk peperiksaan ?
18. Sudahkah anda menguasai cara-cara menjawab peperiksaan ?
19. Sudahkah anda melatih menjawab soalanm peperiksaan ?
20. Adakah kesihatan anda terjaga?
21. Adakah kesihatan mental anda sihat?

Muhasabah diri merenung jawapan kepada semua soalan ini membolehkan seseorang pelajar menilai usaha dan keberkesanan cara dia belajar. Jika ia dilakukan kerap kali , pelajar akan dapat mengambil langkah-langkah perlu lebih awal dan mengelakkan kerugian di kemudian hari.
Pelajar janganlah berputus asa jika dia tidak dapat mengamalkan semua kaedah yang disarankan.Pelajar seharusnya mencuba seberapa yang boleh dan insya Allah pembelajarannya akan memberi hasil yang hiharapkan .
Pembelajaran berkesan mengkehendaki sikap dan tabiat yang positif.Penukaran tingkah laku dan tabiat adalah sukar tetapi memberi pulangan yang mengagumkan.Tabiat juga boleh diubah dengan cara berkumpulan. Kumpulan dapat saling menasihati serta memperbetulkan kelemahan ahli kumpulan yang lain. Kalaulah satu kumpulan itu berazam mengubah kaedah pembelajaran ahlinya, maka ini akan memudahkan pengamalan kaedah pembelajaran berkesan ..

Bunga raya tidak berduri,
Warnanya merah berkilau-kilauan,
Mohon saya mengundur diri,
Silap dan salah tolong maafkan.

No comments: