OLEH:HAIRUL ANUAR SOBIKIN
Belajar secara berkumpulan pada amnya lebih berdaya maju berbanding berseorangan. Terdapat kecenderungan meningkatkan kadar kepantasan bekerja apabila berkumpulan.Kegiatan berkumpulan dapat menarik pelajar lemah supaya bekerja sama banyak dan sama laju dengan pelajar lain.Ini dikenali sebagai tekanan masyarakat atau tekanan rakan. Oleh itu prestasi dapat dipertingkatkan dan dipertahankan apabila dia bekerja di dalam satu kumpulan yang baik.
Pembelajaran ialah proses mengambil maklumat,mentafsir, menghadam, mengaitkannya dengan bahan yang sudah dipelajari dan menyimpan maklumat tersebut secara teratur dalam ingatan. Perbincangan amat berguna dalam prosesmengatur dan menapis maklumat ini, membezakan yang penting atau tidak. Perbincangan dapat memberi pandangan dari sudut yang baru, menghilangkan silap fahaman dan memberi memberi penyelesaian kepada kesukaran yang membantut kemajuan.Perbezaan pendapat dengan orang lain selalunya mendorong seseorang itu memeriksa semula fahamannya dan memperbaiki kekurangan yang dirasai.
Perbincangan menyelesaikan sesuatu masalah dapat menghasilkan penyelesaian dengan lebih pantas kerana kumpulan dapat menimbang lebih banyak pendekatan dan cadangan dari usaha berseorangan.Kumpulan juga dapat menapis cadangan tersebut dan memilih cadangan penyelesaian yang lebih baik. Kumpulan cepat bersatuju menolak cadangan yang tidak betul kerana ramai manusia mudah nampak kelemahan fikiran orang lain berbanding dirinya. Di samping itu perbincangan memerlukan penerangan pendapat kepada orang lain. Ini membantu menjelaskan fahaman sendiri kerana , kalau diri sendiri tidak menjelaskannya, maka orang lain tidak akan faham.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan yang pembelajaran berkumpulan amat bermanfaat jika mengikut prinsip berikut:
1. Ahli kumpulan wajib giat mengambil bahagian dalam usaha berkumpulan .
2. Ahli kumpulan bertanggungjawab menguasai dan mempelajari bahan yang dijadikan bahan kerja kumpulan.
3. Peribadi atau sahsiah ahli kumpulan mesti serasi antara satu sama lain dan menggalakkan kerja kumpulan dan hubungan sosial yang sihat
PENGURUSAN KUMPULAN
Kumpulan perbincangan janganlah terlalu besar hinggakan sukar untuk semua ahli mengambil bahagian dan jangan terlalu kecil . Biasanya empat atau lima orang adalah jumlah yang optimum.
Elakkan bergantung kepada fikiran dan pendapat seorang atau dua ahli sahaja. Ini boleh dilakukan dengan menggilirkan ahli yang memulakan perbincangan atau mengeluarkan penerangan. Sekiranya perlu seorang pengerusi untuk mengatur jadual kumpulan dan memastikan perbincangan menurut landasan yang betul, ia perlu digilirkan juga.
Kurangkan andaian bahawa kumoulan tidak dapat maju kerana tidak cukup ilmu , iaitu memerlukan guru atau orang yang mahir.Sekiranya kumpulan berpendapat yang mereka kekurangan dalam sesuatu perkara atau bahan , ahli-ahlinya perlu mengorak langkah mendapatkannya dengan membaca,membuat kajian ataupun berbincang dengan guru.
Ahli kumpulan perlu mengamalkan disiplin tidak bergurau senda semasa bekerja. Di samping itu , kata-kata kesat , kasar dan mengeji harus dihindarekan semasa perbincangan atau perbahasan. Jangan menghina pandangan orang lain yang berlainan walaupun pendapat itu salah.
Kumpulam mestilah merangsangkan ahlinya untuki memberi pandangan dan cadangan. Salah satu sikap negatif terhadap cadangan ialah menugaskan pemberi cadangan dengan kerjqa yang berbangkit dari cadangannya.
Sekiranya kumpulan bersetuju dengan sesuatu cadangan yang melibatkan kerja tambahan, kumpulan seboleh-bolehnya menugaskan orang lain melaksanakannya. Sekiranya setiap kali pemberi cadangan dikenakan tugas berkaitan dengan cadangannya, ia akan dianggap sebagai satu hukuman dan oleh itu orang lain tidak akan mengutarakan pandangan mereka walaupun cadangan itu amat berguna.
MASALAH BELAJAR BERKUMPULAN
Semua pernyataan dalam perbincangan perlulah diasakan kepada fakta dan bukti. Kalau tidak ia menjadi pendapat peribadi sahaja . Oleh itu , belajar berkumpulan akan bermanfaat jika ahli-ahlinya tidak membuat perssediaan yang cukup.
Banyak kumpulan perbincangan gagal kerana ahli-ahlinya kawan rapat dan mesra antara satu sama lain. Oleh itu, mudah terpesong kepada bercerita dan bergurau. Semasa kerja berkumpulan, ahli mesti bersungguh-sungguh dan bukannya bergaul mesra.
Terdapat sikap manusia apabila mereka tidak mempunyai pendapat sendiri mengenai sesuatu perkara , mereka akan menyebelahi pendapat kawan karibnya ataupun orng yang dianggapnya lebih pandai tanpa mengira logik dan bukti.
Sementara itu , terdapat pula orang yang tidak akan memberi pandangan yang berlainan dengan orang yang dianggapnya lebih pandai walaupun dia mempunyai bukti dan hujah yang kukuh . Sikap kompleks rendah diri ini biasanya kerana risau yang dia akan menyinggung ego kawannya ataupun menimbulkan kesangsian kesatiaannya dengan pendapat yang bertentangan. Di samping itu , orang yang berkompleks rendah diri takut dipandang hina oleh rakannya kerana memberi pandangan yang salah.
Seperti yang sudah dinyatakan , ada masalah pergaulan yang timbul terutamanya dalam mengendalikan kumpulan. Oleh itu , kumpuilan perbincangan sesuai untuk ahli-ahli yang matang dari segi fikiran dan pergaulan . Sekiranyaq ada ahli yang tidak matang , maka kumpulan tersebut tidak akan dapat berfungsi sepenuhnya atau lebih teruk lagi gagal.
Wednesday, December 27, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment