Montaj malam Pra Graduan 2010

Wednesday, December 27, 2006

PEMBELAJARAN BERKESAN

OLEH:HAIRUL ANUAR SOBIKIN


Apa rahsia kejayaan belajar di sekolah?Dapatkah seseorang yang mempunyai kebolehan dan keupayaan sederhana mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajarannya? Sebagai contoh , bolehkah seorang murid sekolah menengah yang selalunya mendapat nombor corot di dalam darjahnya , berjaya masuk ke universiti dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap PHD ? Jawabnya boleh.
Memanglah kebolehan tabii manusia berbeza antara satu sama lain . Tetapi kejayaan dalam pembelajaran sebenarnya bergantung kepada usaha dan kaedah pembelajaran berkesan . Dalam perkataan mudah , pelajar yang berkebolehan sederhana masih boleh meningkatkan pencapaian pembelajarannya menerusi usaha dan belajar dengan menggunakan cara-cara yang berkesan.
Terdapat sebahagian besar daripada kalangan pelajar , yang gagal dalam peperiksaan ataupun mendapat keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang, mempunyai kebolehan dan keupayaan yang lebih daripada apa yang dibayangkan oleh keputusan mereka.
Kajian dan ilmu mengenai pendidikan berkesan memeng telah lama wujud. Malangnya tidak ramai pelajar diajar dan dibimbing mengenainya. Ramai pelajar yang menggunakan cara yang diamalkan melalui kaedah percubaan dan pengalaman . malahan pelajar yang berkebolehan amat tinggi sekalipun jarang mengetahui dan menyedari cara pembelajaran berkesan .
Saya mendapati , ramai pelajar berpendapat sesuatu cara pembelajaran yang berkesan kepada seseorang tidak semestinya memberi kesan yang sama kepada orang lain. Namun hasil kajian menunjukkan pendapat-pendapat ini adalah tidak benar.
Perbezaan dari segi waktu belajar atau jadual waktu harian memang wujud antara pelajar yang berjaya. Tetapi kajian yang melibatkan pelajar berjaya menunjukkan walau apa pun bidang yang dipelajari, prinsip pembelajaran berkesan tidak berbeza antara pelajar dan bidang atau antara pelajar dan kursus.
Seseorang pelajar perlu mengubahsuai pembelajarannya berdasarkan prinsip pembelajaran berkesan mengikut selera dan pilihan dirinya. Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimanakah keberkesanan ini dapat dirasai dan dinilai ? Keberkesanan pembelajaran ini dapat dinilai daripada darjah kejayaan matlamat pembelajaran, daripada segi keminimuman masa dan keminimuman usaha yang diperlukan untuk kejayaan tersebut.
Untuk pembelajaran keberkesanan tinggi, pelajar mesti mengetahui matlamat pembelajarannya dan usaha yang perlu diambil untuk mencapainya. Seseorang itu berjaya mencapai matlamat pembelajaran sesuatu ilmu atau tajuk , apabila:
1. Faham gagasan ilmu atau tajuk
2. Ingat akan semua fakta berkenaan ilmu atau tajuk berkenaan.
3. Boleh menggunakan, mengolah serta menganalisis fakta dan gagasan ke atas semua kemungkinan.
Pembelajaran yang berjaya adalah pembelajaran yang mencapai mutu tinggi dalam perkara di atas ataupun pembelajaran yang dapat menghasilkan kejayaan tersebut sekurang-kurangnya ke tahap mutu yang dituntuti oleh pemeriksa.
Seperti yang dinyatakan , keberkesanan bermakna kejayaan optimum dengan usaha minimum. Usaha yang minimum diperoleh jika masa dan usaha tidak bertindih. Dalam perkataan yang mudah , pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertatatertib serta optimum yang menyepadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk mencapai kejayaan.
Pembelajaran berkesan dapat digubah dengan mengetahui masalah pembelajaran yang sering dihadapi oleh ramai pelajar. Sebelum perbincangan lanjut, ada satu perkara yang perlu dinyatakan iaitu hakikat tidak semua orang mempumyai kebolehan serupa. Malah pelajar-pelajar yang berjaya kesemuanya mempunyai cara mengurus masa pembelajaran yang tersendiri. Yang dimaksudkan dengan pembelajaran berkesan adalah kaedah-kaedah umum yang dapat diamalkan dengan berbagai-bagai cara yang secocok serta sesuai dengan tabiat seseorang individu.

No comments: